Pages

Monday, March 31, 2014

:: menghormati dan memuliakan tetamu ::

assalamualaikum semua..
maaf sebab lame tak bersiaran. wahhhhh,mcm radiola pulak. hari nie kte straight terus pd apa yg aq nk sampaikan.. pernah tak korang pergi rumah kawan, sedara, jiran dan rase mcm kedatangan tue x diundang?? pernah tak?? niela yg aq rase. stp kali kalau aq rase mcm nie, aq akn duduk di sudut yg dekat dgn pintu keluar. sng nk keluar nanti. pernah tak tetamu datang rumah korang and korang boleh buat ayat nie "ko nk mkn ker..lauk ade ckit jerk". nko rase tetamu tue akan jawab ape?????? tentulah diorang akan jawab tak, aq da mkn da td. itu ayat kiasan yg nko xpelawa pn org tue mkn. 

nko rase dgn buat mcm tue tetamu akn dtg lg rumah nko ker?? mmg takkan dtg lagi. sekurang-kurangnya hidangkanla air atau apa saje yg termampu. kalau korang mampunya hanya air kosong maka hidangkanla air kosong. TETAMU TUE DTG BAWA RAHMAT.  apalah sgt hidangkan seteko teh and sepiring karipap pusing jika dibandingkan dgn palaha yg akan nko dapat. penah tengok cerita nujum pak belalang?? walau kopi habis belalang tetap kikis bontot kuali sbg ganti kopi utk dihidangkan pd tetamu. kita nie yg macam2 ade kat dalam peti sejuk tue pn mengelak nak hidangkan apa2 pd tetamu. dgn alasan nanti makanan korang habis. astaghfirullah hal azim. mengucap panjang aq. percayalah bahawa rezeki itu milik ALLAH. bila-bila masa die boleh tarik balik. tiba2 jerk black out dlm sehari n makanan dalam peti sejuk korang rosak. jd semua makanan tue kena buang. korang sendiri pn tak dapat makan. nampak tak sekarang.

aq hanye mampu mengingatkan. jika ade antara kita yang layan tetamu same macam di atas maka mulai hari ini pasanglah tekad bahawa kita akan melayan dan memuliakan tetamu yang datang secara undangan atau tanpa diundang. dibawah aq akan sertakan kisah berkaitan melayan tetamu. kredit dr blog http://muhammadshahrulifwat.blogspot.com.

link berkaitan artikel dibawah boleh klik sini.

Bagi mereka yang bergelar tuan rumah, berat sebenarnya untuk menerima apatah lagi melayan tetamu ataupun musafir ini. Namun,kerana ia bukan setakat hubungan kemanusiaan bahkan adalah tuntutan agama, pahit itu ditelan juga. Sabda Nabi s.a.w


  
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه جائزته قالوا وما جائزته يا رسول الله قال يومه وليلته والضيافة ثلاثة أيام فما كان وراء ذلك فهو صدقة عليه
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” ( HR Bukhari )

Meneladani kisah seorang sahabat telah menemui Rasulullah saw yang sangat lapar. Lalu Baginda saw bertanya kepada para sahabat saw ,”Adakah sesiapa yang sanggup melayaninya sebagai tetamu untuk satu malam?”
Seorang sahabat, Abu Talhah r.a berkata ”Wahai Rasulullah, saya akan melayaninya.”

Beliau telah membawa sahabat itu ke rumahnya dan berkata kepada isterinya,”Beliau ini ialah tetamu Rasulullah, janganlah sembunyikan sesuatu dan pastikan tidak ada sebarang kekurangan dalam layanan kita terhadapnya.”
Isterinya berkata, ”Demi Allah, ada sedikit makanan untuk anak-anak dan tiada yang lain daripada itu di dalam rumah kita.”
Sahabat itu menjawab, ”Tidurkan anak-anak sehingga mereka lena dan bawalah makanan lalu kita duduk bersama tetamu itu. Kemudian engkau bangun dengan alasan untuk memperbaiki pelita dan terus memadamkan pelita itu.” 
Si isteri telah melakukan seperti yang dirancang. Suami, isteri serta anak-anak mereka telah menghabiskan malam itu dalam keadaan kelaparan. Oleh kerana peristiwa inilah ayat ini diturunkan,
وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
”Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat, mereka itulah orang yang berjaya.” (al-Hasyr:9)


* kepada penulis http://muhammadshahrulifwat.blogspot.com terima kasih di atas perkongsian ini. diharap saudara/saudari dapat menghalalkan apa yang saya copy paste di dalam blog sy ini. terima kasih.

Friday, March 7, 2014

:: biar gambar berbicara ::

assalamualaikum semua.
 hari ni kite tepek gambar jerk eh. malas nak taip. hikhik.

gambar belah kiri amik masa raya thn lepas kat butik tempat bff kerja, kanan gambar paling terbaru amik pd 6 mac 2014.