Pages

Thursday, January 29, 2015

:: my lil munchkin (Muhammad Thaqif Qushayyi) turns two ::

Assalamualaikum semua..

on 28 December 2014 my lil muchkin turns two. da jarang benar aq cerita pasal die dalam blog nie. hari ni pasang tekad nak buat entri untuk die. tak ada majlis-majlis. mama is malas! bertabahla nko wahai anak. dapat emak malas semedang. mihmihmih. kalau ikut tahun, this year die da tiga tahun tapi klu ikut bulan baru dua tahun satu bulan satu hari. 

sekarang dia da pandai cakap. menanya macam-macam. benda yang die tahu pun die tanya. aq?? geram pn ade. kadang aq tanya die balik apa yang die tanya. ayat yang paling die suka cakap "tue apa tue?" dok ulang ayat tue sepanjang jalan. jap-jap tunjuk kereta, jap-jap tunjuk kedai. mujur nko xtunjuk bapak nko sambil tanya "tue apa tue?" klu tak xde susula malam tue wahai arjuna beta. majuk bapak nko! bhahaha. 

bila ngajo die abc guna flash card memang xlayan. buang air liur! 123 stakat nie yang die paling suke sebut 4 and sebelas. kalau tanya umur madang jerk jawab 4. kalau lepas die timbang berat nko tanya die berat berapa die akan jawab sebelas. suke ati nko jerk,nak. berjalan no 1. pantang mama sebut nak makan chicken chop ker kfc ker laju jerk ckp "jom ma jom". main game da terror. pengaruh nenek! mak aq ler. madang nampak henpon mintak pau. aq pau kan kau kang! 

makan boleh tahan tapi badan maintain 10kg. takpe la nak. janji sihat. bgn tido da mintak nasi lemak dengan air teh. xsempatla mama nko nie nak gosok gigi ker hape. tak kisahla ragamnya apa yang penting die la pengubat jiwa dan penghibur lara. macam semalam aq majuk dengan suami, anak aq tepuk aq time tido macam aq slalu dodoikan die.aduhai. cair mama! tak jadi merajuk ngan bapak nko. ehhh? ok, xde kaitan. mihmihmih. da pandai doa mintak adik. " bismillah.. rahim.. adik.. amin" budak kecik jadi yang die sebut pun itu jela yang aq paham. huhuhu. siapa ajar?? bapaknya la.

okla, da panjang sangat aq menulis. bila nak tulis, malas. bila da tulis, tak reti nak berhenti. semoga aq terus mengeluarkan entri dan mengupdate belog ini k. moga cucu aq bace belog aq nie nanti. mase tue tukar name jadi "diari nenek vogue". mihmihmih.



Wednesday, January 14, 2015

:: kerja GOMEN v.s kerja SWASTA ::

Assalamualaikum..
lama rasenya tak update belog nie. kesibukan melanda uolls! seperti yang tak semua orang sedia maklum. kikikiki. aq dapat tawaran kerja bersama dengan salah satu universiti terkemuka di johor. aq start kerja pada 1 Jun tahun lepas. kontrak jerk uolls. jawatan pun ala-ala je. da rezeki masa tue agaknya. sekarang kerja lagi ker??? ha, jawapan nya ada dalam entri kali ni. kuangkuangkuang! aq memang mengalami kejutan budaya. serius! banyak perbezaan antara kerja gomen dengan swasta. Ini menurut pandangan dan pengalaman aq ye. lain orang lain pengalaman. sila jangan hentam aq. kikikiki.

1) Pakaian
Gomen : pakaian mestila kemas dan memenuhi etika berpakaian. skirt pendek? oh,no..no..no.. big NO!
Swasta : tak kisah sangat asal nko berpakaian.

2) Kelulusan
Gomen : kalau yang berpangkat tinggi tue harusla berkelulusan tinggi. pandai ke tak kerja tue no 2.
Swasta : kelulusan tinggi no 2 yang penting pengalaman kerja. nak yang pandai kerja.

3) Bonus
Gomen : macam biasa setengah bulan gaji.
Swasta : bergantung budi bicara company. ade yang sampai 3 bulan gaji.

4) Cuti (tahunan/ bersalin)
Gomen : 20 hari sebulan paling sikit. cuti bersalin 3 bulan (90 hari)
Swasta : ikut labour law. 8 hari minima. naik ikut tahun perkhidmatan. cuti bersalin 2 bulan (60 hari)

5) Hari bekerja
Gomen : cuti Jumaat dan Sabtu (JOHOR). bekerja lima hari sahaja. Hari khamis balik awal.
Swasta : tengok company. ada yang lima hari bekerja, 6 hari bekerja. cuti ada yang ikut gomen ade yang cuti ahad. macam company aq sekarang cuti ahad. (jd da tawla kan jawapan pada persoalan diatas.hehehe.)

ok, cukup dulu buat masa nie. ini perbezaan yang aq ingat. yang fomal. yang laen tak boleh nak cerita sebab da terikat dengan janji. kekeke. aq hanya bekerja selama 6 bulan sahaja. aq letak notis berhenti. faktor behenti, JAUH. hehehe. bye!