Pages

Monday, April 14, 2014

:: jom exercise! ::

assalamualaikum..
harini aq nak share lg video by joanna soh. seriously, mmg bgus video exercise dr joanna nie. mmg nmpk kesan die bg aq. dulu perut aq mmg sgt3 buncit. lepas pkai krim n amalkan berbengkung turun ckit. lepas aq ikut video die lg turun perut aq. tp video die sekejap jerk, nk buat tue yang hazabedah oooiiiiiii! mengigil betis aq! mihmihmih..




ok, da cukup dulu 3 video. kdt to joanna soh n youtube. jangan lupe buat exercise nie k. sama-sama kita kurus raya nanti.kikiki. babai!

Monday, April 7, 2014

:: video exercise ::

assalamualaikum semua.. 
harini nak share pd semua terutama para customer aq yg telah melanggan produk jamu susuk dara dari aq bertujuan untuk kurus. hari nie aq nak share video yang aq rase memang superb. terutama bg golongan ibu-ibu yang telah berkahwin dan mempunyai lelemak di bhagian perut. video nie hanya amik mase 5 minit. tapi nak sampai ke 5 minit tue hazabedah ooiiii! kikiki. aq pn buat tak sampai 5 minit. moh kte tengok videonya.

video upload by joanna soh. 

semua video joanna soh nie mmg bagus bg aq. sebab aq hari kite sibuk n memang tak sempat nak buat exercise yg panjang-panjang. maka video nie adalah salah satu pilihan aq. ade satu lg video exercise untuk squat bagi mereka yang peha besar. tapi aq malas nk upload. ngkorang boley tgok dekat youtube. type jerk joanna soh. mcm-mcm video exercise die keluar nanti.

video upload by joanna soh

video upload by joanna soh

banyak lagi video dr joanna nie yang aq ikut sekarang. jadi sesiapa surirumah tangga tue ajak skali anak-anak exercise. ade gak geng. yg bekerjaya, balik kerja lepas masak n solat amik sikit masa buat exercise nie k. bukan lama pun. selamat mencuba!




Wednesday, April 2, 2014

:: kelas jahitan jubah ::

assalamualaikum semua..
sekarang aq suke sangat tengok jubah. serius, aq xde langsung koleksi jubah sebelum nie. bila pergi kenduri aq hanya pakai baju kurung. tapi tak lagi sekarang. seseorang yang berjubah lengkap bertudung labuh sangat menarik perhatian aq. apatah lg yang berniqab kemas dan wangi. takde apa yg pelik. manusia berubah. manusia juga layak berubah. harga pasaran jubah sekarang pun agak mahal. jd aq pernah cakap-cakap kosong dengan husband yang aq nk belajar menjahit jubah. sekarang aq da mula survey kelas-kelas yang mengajar menjahit jubah. untung-untung lepas nie bleyla aq terbitkan jubah jenama aq sendiri. korang, doa-doakan aq ye.. ^___^


:: pic kdt to google ::

Tuesday, April 1, 2014

:: adab melayan tetamu ::

assalamualaikum semua.. 
ini adalah entri berjadual. masih berkisar tentang melayan tetamu. jadi hari nie aq nak share serba sedikit tentang adab melayan tetamu dan juga adab tetamu itu sendiri sewAktu berkunjung ke rumah, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga. artikel ini dr blog http://noraishahfadzli.blogspot.com.

untuk artikel di bawah nie boleh klik sini.

Siapakah  tetamu?

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita.

Apa ada terhadap tetamu?

Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;


1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu
Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis.
Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual, selepas itu jangan pula tetamu tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali.

Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?
Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.
Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam.

APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?
Jagalah adab-adab berikut:

1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan dating pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah.

4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin dahulu. Yang itu betul.

5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok.

6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu.
Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang.
* semoga kite semua ingat akan adab2 melayan dan adab menjadi tetamu. mudahan bertambah mengeratkan tali silaturrahim sesama kite. terima kasih atas perkongsian artikel ini kepada penulis blog  http://noraishahfadzli.blogspot.com.