assalamualaikum..
bila da menjangkau ke 7 bln nie haruslah aq bersedia dr segi mental dan fizikal.. yela, bila2 mase da bley bersalin.. orang tua2 kate baby da matang.. jd harini aq nk berkongsi tentang 10 cara mudah bersalin.. kita hanye bley ikhtiar, selebihnya ALLAH yg menentukan.. sekurang-kurangnya kita mencube ye tak..hehehe.. ok, oyomat geset go!!
cara ini bagi ibu2 yg disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. artikel ini di ambil dr http://farwinafaroque.blogspot.com
1. amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih2 lagi bila di akhir kehamilan. jgn pulak minum air kelapa di awal kehamilan. air kelapa nie tajam. bahaya untuk awal kandungan.
2. boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.
3. dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan.
4. bagi suami, maafkan semua dosa isteri. kalau boleh kita sebagai isteri mintak maaf juga pd mak dan mak mentua kita supaya mereka maafkn kita,halalkn makan minum kita, dan doakan kita dan baby selamat dan dpt bersalin dgn mudah.
5. sibukkan diri dengan membuat kerja rumah atau kerja ofis.
6. bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. tp pastikan yg uri tdk menutupi laluan agar tdk mendatangkan sebarang kemudaratan pd kandungan. lebih elok jika dapatkan nasihat dr pd doktor bertauliah.
7. banyakkn berjalan sehingga saat2 terasa hendak bersalin, selagi mampu. bila tak mampu, duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. pergerakan yg banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
8. baca ayat2 al quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. plg mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.
9. cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.
10. gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. salah satunya seperti di bawah :-
- berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
- angkat kepala, dagu cecah dada.
- mata pandang perut ( digalakkn tutup mata )
- tangan pegang buku lali kaki
- mase teran jgn keluarkn suara
- masa teran jgn angkat punggung
- baca bismillah atau apa2 doa yg terlintas di fikiran ( lbey afdal bace doa nabi yunus dlm perut ikan nun )
- tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran ( bayangkan kita nk bg oksigen pd baby )
sekian saja tok harini.. harap2 dapatla artikel nie membantu kita yek.. terutamanya bakal2 ibu yg baru nk merasai sakit bersalin mcm aq nie.. sharing is caring.. ^__^
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
ReplyDelete