ha, kali nie aq nk buat 2 entri terus.. alang2 ade mase terluang nie, haruslah aq manfaatkn utk benda2 yg bermanfaat kn..hakhakhak.. kalau tak nanti berhapuk pulak belog nie tak berhupdet.. kali nie aq nk bincangkan tentang kaedah2 bersalin.. haruslah kita bakal2 ibu nie tahu.. bkn ape sng kalau doktor sebut kaedah nie kita da dpt bezakan.. sekurang2nya ade 4 kaedah bersalin.. artikel nie aq amik dr http://mummybabyshop.blogspot.com untuk tujuan pendidikan bg kita semua bakal2 ibu.. (en3 lame terperap dlm draft..)
1. kelahiran normal
kaedah ini merupakan yg plg diinginkan oleh semua ibu2. saat inilah pelbagai pengalaman yang menegangkan, menyakitkan malah membahagiakan dpt dirasai. biasanya doktor akan menggunakan kaedah episiotomy yg melibatkan pemotongan kecik pd otot luar vagina. ini bg memudahkan proses baby keluar. kaedah episiotomy nie bley dikurangkan dgn melalui urutan perineal di bulan akhir kehamilan. perineal massage nie akn aq ceritakan di entri yg lain ye.
2. kelahiran cara forsep
kelahiran cara forseps adalah kelahiran dengan bantuan alat yg dikenali sebagai forseps. sekiranya digunakan dgn betul, ia tidak berbahaya malah mungkin boleh menyelamatkan nyawa. antara indikasi penggunaannya :
- kes sakit jantng @ darah tinggi, forseps dpt membantu ibu untuk tidak meneran terlalu kuat.
- bayi sudah terlalu lama dalam pintu rahim. kdg2 ibu tidak dpt meneran dengan baik dan kepala baby tersekat lama dan boleh membahayakan baby.
- keadaan baby sonsang.
ia menggunakan kuasa sedutan pd kepala baby bg membantu mengeluarkannya. ia digunakan dlm keadaan tertentu seperti forseps. kelebihannya berbanding forseps adalah ia dapat digunakan dalam kes-kes dimana kedudukan kepala bayi tidak berada dalam kedudukan optimum, iaitu kepala bayi dalam keadaan OT (senget ke tepi) atau OP (muka ke atas). ia biasanya tidak menyebabkan luka pada vagina ibu sekiranya dilakukan dengan berhati-hati.
antara komplikasi menggunakan vakum adalah apabila kepala bayi agak tinggi dan ibu tidak dapat membantu meneran dgn baik. pendarahan mungkin terjadi di bahagian bawah kulit kepala bayi.
doktor kanak-kanak akan dipanggil bagi menilai keadaan bayi. kepala bayi akan kelihatan lonjong sedikit selepas lahir dan akan hilang dalam masa seminggu.
4. kelahiran pembedahan caesarean
kaedah pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi dilakukan melalui anestetik menyeluruh atau anestetik lokal. biasanya kaedah yg lazim digunakan ialah kaedah anestetik lokal iaitu kaedah spinal anesthesia (kaedah bius drpd pinggang ke bwh).
pembedahan caesarean ini slmt krn adanya pembiusan lokal bersama antibiotik. dalam kaedah pembedahan ini, incision atau torehan dilakukan pd bhgn panty-line atau bahagian ari2.
selapis demi selapis abdomen dibuka sehingga sampai ke ruang abdomen. ada 6 bhgn lapisan abdomen yg dibuka sblm smpai ke rahim. dan apabila sampai ke rahim, torehan akan dilakukan psd segmen bawah dan bayi akan dikeluarkan.
selepas itu setiap lapisan abdomen yg dibuka td akan dijahit semula dgn kemas. apabila semuanya selesai, biasanya lukanya akan sembuh dalam masa 2 minggu sehingga sebulan. dan biasanya dlm tempoh 2 bln ibu sudah boleh beraktiviti harian tanpa masalah.
No comments:
Post a Comment