Pages

Monday, April 14, 2014

:: jom exercise! ::

assalamualaikum..
harini aq nak share lg video by joanna soh. seriously, mmg bgus video exercise dr joanna nie. mmg nmpk kesan die bg aq. dulu perut aq mmg sgt3 buncit. lepas pkai krim n amalkan berbengkung turun ckit. lepas aq ikut video die lg turun perut aq. tp video die sekejap jerk, nk buat tue yang hazabedah oooiiiiiii! mengigil betis aq! mihmihmih..




ok, da cukup dulu 3 video. kdt to joanna soh n youtube. jangan lupe buat exercise nie k. sama-sama kita kurus raya nanti.kikiki. babai!

Monday, April 7, 2014

:: video exercise ::

assalamualaikum semua.. 
harini nak share pd semua terutama para customer aq yg telah melanggan produk jamu susuk dara dari aq bertujuan untuk kurus. hari nie aq nak share video yang aq rase memang superb. terutama bg golongan ibu-ibu yang telah berkahwin dan mempunyai lelemak di bhagian perut. video nie hanya amik mase 5 minit. tapi nak sampai ke 5 minit tue hazabedah ooiiii! kikiki. aq pn buat tak sampai 5 minit. moh kte tengok videonya.

video upload by joanna soh. 

semua video joanna soh nie mmg bagus bg aq. sebab aq hari kite sibuk n memang tak sempat nak buat exercise yg panjang-panjang. maka video nie adalah salah satu pilihan aq. ade satu lg video exercise untuk squat bagi mereka yang peha besar. tapi aq malas nk upload. ngkorang boley tgok dekat youtube. type jerk joanna soh. mcm-mcm video exercise die keluar nanti.

video upload by joanna soh

video upload by joanna soh

banyak lagi video dr joanna nie yang aq ikut sekarang. jadi sesiapa surirumah tangga tue ajak skali anak-anak exercise. ade gak geng. yg bekerjaya, balik kerja lepas masak n solat amik sikit masa buat exercise nie k. bukan lama pun. selamat mencuba!




Wednesday, April 2, 2014

:: kelas jahitan jubah ::

assalamualaikum semua..
sekarang aq suke sangat tengok jubah. serius, aq xde langsung koleksi jubah sebelum nie. bila pergi kenduri aq hanya pakai baju kurung. tapi tak lagi sekarang. seseorang yang berjubah lengkap bertudung labuh sangat menarik perhatian aq. apatah lg yang berniqab kemas dan wangi. takde apa yg pelik. manusia berubah. manusia juga layak berubah. harga pasaran jubah sekarang pun agak mahal. jd aq pernah cakap-cakap kosong dengan husband yang aq nk belajar menjahit jubah. sekarang aq da mula survey kelas-kelas yang mengajar menjahit jubah. untung-untung lepas nie bleyla aq terbitkan jubah jenama aq sendiri. korang, doa-doakan aq ye.. ^___^


:: pic kdt to google ::

Tuesday, April 1, 2014

:: adab melayan tetamu ::

assalamualaikum semua.. 
ini adalah entri berjadual. masih berkisar tentang melayan tetamu. jadi hari nie aq nak share serba sedikit tentang adab melayan tetamu dan juga adab tetamu itu sendiri sewAktu berkunjung ke rumah, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga. artikel ini dr blog http://noraishahfadzli.blogspot.com.

untuk artikel di bawah nie boleh klik sini.

Siapakah  tetamu?

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita.

Apa ada terhadap tetamu?

Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;


1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu
Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis.
Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual, selepas itu jangan pula tetamu tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali.

Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?
Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.
Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam.

APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?
Jagalah adab-adab berikut:

1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan dating pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah.

4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin dahulu. Yang itu betul.

5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok.

6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu.
Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang.
* semoga kite semua ingat akan adab2 melayan dan adab menjadi tetamu. mudahan bertambah mengeratkan tali silaturrahim sesama kite. terima kasih atas perkongsian artikel ini kepada penulis blog  http://noraishahfadzli.blogspot.com.

Monday, March 31, 2014

:: menghormati dan memuliakan tetamu ::

assalamualaikum semua..
maaf sebab lame tak bersiaran. wahhhhh,mcm radiola pulak. hari nie kte straight terus pd apa yg aq nk sampaikan.. pernah tak korang pergi rumah kawan, sedara, jiran dan rase mcm kedatangan tue x diundang?? pernah tak?? niela yg aq rase. stp kali kalau aq rase mcm nie, aq akn duduk di sudut yg dekat dgn pintu keluar. sng nk keluar nanti. pernah tak tetamu datang rumah korang and korang boleh buat ayat nie "ko nk mkn ker..lauk ade ckit jerk". nko rase tetamu tue akan jawab ape?????? tentulah diorang akan jawab tak, aq da mkn da td. itu ayat kiasan yg nko xpelawa pn org tue mkn. 

nko rase dgn buat mcm tue tetamu akn dtg lg rumah nko ker?? mmg takkan dtg lagi. sekurang-kurangnya hidangkanla air atau apa saje yg termampu. kalau korang mampunya hanya air kosong maka hidangkanla air kosong. TETAMU TUE DTG BAWA RAHMAT.  apalah sgt hidangkan seteko teh and sepiring karipap pusing jika dibandingkan dgn palaha yg akan nko dapat. penah tengok cerita nujum pak belalang?? walau kopi habis belalang tetap kikis bontot kuali sbg ganti kopi utk dihidangkan pd tetamu. kita nie yg macam2 ade kat dalam peti sejuk tue pn mengelak nak hidangkan apa2 pd tetamu. dgn alasan nanti makanan korang habis. astaghfirullah hal azim. mengucap panjang aq. percayalah bahawa rezeki itu milik ALLAH. bila-bila masa die boleh tarik balik. tiba2 jerk black out dlm sehari n makanan dalam peti sejuk korang rosak. jd semua makanan tue kena buang. korang sendiri pn tak dapat makan. nampak tak sekarang.

aq hanye mampu mengingatkan. jika ade antara kita yang layan tetamu same macam di atas maka mulai hari ini pasanglah tekad bahawa kita akan melayan dan memuliakan tetamu yang datang secara undangan atau tanpa diundang. dibawah aq akan sertakan kisah berkaitan melayan tetamu. kredit dr blog http://muhammadshahrulifwat.blogspot.com.

link berkaitan artikel dibawah boleh klik sini.

Bagi mereka yang bergelar tuan rumah, berat sebenarnya untuk menerima apatah lagi melayan tetamu ataupun musafir ini. Namun,kerana ia bukan setakat hubungan kemanusiaan bahkan adalah tuntutan agama, pahit itu ditelan juga. Sabda Nabi s.a.w


  
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه جائزته قالوا وما جائزته يا رسول الله قال يومه وليلته والضيافة ثلاثة أيام فما كان وراء ذلك فهو صدقة عليه
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” ( HR Bukhari )

Meneladani kisah seorang sahabat telah menemui Rasulullah saw yang sangat lapar. Lalu Baginda saw bertanya kepada para sahabat saw ,”Adakah sesiapa yang sanggup melayaninya sebagai tetamu untuk satu malam?”
Seorang sahabat, Abu Talhah r.a berkata ”Wahai Rasulullah, saya akan melayaninya.”

Beliau telah membawa sahabat itu ke rumahnya dan berkata kepada isterinya,”Beliau ini ialah tetamu Rasulullah, janganlah sembunyikan sesuatu dan pastikan tidak ada sebarang kekurangan dalam layanan kita terhadapnya.”
Isterinya berkata, ”Demi Allah, ada sedikit makanan untuk anak-anak dan tiada yang lain daripada itu di dalam rumah kita.”
Sahabat itu menjawab, ”Tidurkan anak-anak sehingga mereka lena dan bawalah makanan lalu kita duduk bersama tetamu itu. Kemudian engkau bangun dengan alasan untuk memperbaiki pelita dan terus memadamkan pelita itu.” 
Si isteri telah melakukan seperti yang dirancang. Suami, isteri serta anak-anak mereka telah menghabiskan malam itu dalam keadaan kelaparan. Oleh kerana peristiwa inilah ayat ini diturunkan,
وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
”Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat, mereka itulah orang yang berjaya.” (al-Hasyr:9)


* kepada penulis http://muhammadshahrulifwat.blogspot.com terima kasih di atas perkongsian ini. diharap saudara/saudari dapat menghalalkan apa yang saya copy paste di dalam blog sy ini. terima kasih.

Friday, March 7, 2014

:: biar gambar berbicara ::

assalamualaikum semua.
 hari ni kite tepek gambar jerk eh. malas nak taip. hikhik.

gambar belah kiri amik masa raya thn lepas kat butik tempat bff kerja, kanan gambar paling terbaru amik pd 6 mac 2014.






Wednesday, February 26, 2014

:: turun 1.2kg ::

assalamualaikum semua.. sihat??
hari ni aq sihat2 jerk. aq buat entri hari nie coz nak inform yg aq da xmkn shaklee start dr pertengahan january. lepas jerk stok habis aq pn trus berhenti. xbeli lg da. saje nak tengok samada aq bley kurus tanpa sbrg ubat. n yess! aq berjaya! smlm aq timbang berat da turun 1.2kg..see?? i told u rite! aq cube2 gak diet atkins n intermittent fasting 16jam. atkins tue kekadang terbabas. hari pertama nak atkins aq bley kawal. tup2 en.hubby kata ade bubur mcd utk thaqif ade kt sit belakang. aq amik n sua kt thaqif tp thaqif xnak makany aq yg mkn. dlm mind set aq xbley mkn sebrg tepung,roti n nasi. tp bubur aq xset (sdgkan bubur tue dr nasi gak) jd aq mkn smpai habis baru teringat. hahaha. mujur da selamat dalam perut..kekeke.

jdny yang bertahan sekarang adelah intermittent fasting 16jam. nanti dalam entri lain aq cerita ye. aq cume nak bgtaw yg aq da xmkn shaklee lg. tue jerk. sambil2 nak bgtaw yg aq da turun berat badan.kekeke. ade lg 3 bulan utk buang 12.8kg. aq harap aq berjayala ye. kalau xdpt 3 bulan aq kenala anjak ke 4 bulan lg untuk buang 12.8kg. sebulan kena kurang 3kg. insyaALLAH, BOLEH! xyahla keluar duit beratus. setakat aq sapu lotion jamu susuk dara RM 48 jerk. 

p/s: sekarang pn aq baru brape hari mkn coklat love habibi. ala2 mcm maajun gak. alhamdullilah,serasi ngn bdn aq. bdn xletih. malah buang angin jerk. mbuang pn lawas raseny. suke..suke..suke! moga korank rase bsemangat untuk turun kan berat jugak ye.

Monday, February 24, 2014

:: pilih kasih ::

assalamualaikum semua..
pernah x korang dengar perkataan pilih kasih?? mesti pernahkan.. memula aq agak kompius kenapa mesti ade word pilih kasih.. ade ker mak bapak yg pilih kasih?? setelah melalui satu pengalaman baru aq sedar yg YES,MMG ADE MAK BAPAK YG PILIH KASIH! (bkn mak bapak aq ye) kenapa mesti pilih kasih?? bkn nko ker penyebab kelahiran mereka? bkn nko ker yg melahirkan mereka? owwwhhhh, jelas aq semakin kompius! 

kalau nko da mmg taw yg nko nie jenis pilih kasih xpayahla beranak bebanyak. aq kesian tengok anak2 yang bukan dalam ketogeri anak kesayangan. nko mungkin belum merasainy. one day..one fine day nko pasti akan rase. ALLAH itu MAHA ADIL. sungguh aq kecewa! kecewa dengan sikap segelintir mak bapak yg mcm nie. pernah nko tanya kesusahan seorang ank yg bukan kesayangan tue?? pernah?? tak kan..nko xpernah tanya. mujur aq dikurniakan mak bapak yg xpernah pilih kasih. 

"YA ALLAH, jauhkanla kami dari sifat pilih kasih. jadikanla kami sentiasa berkasih sayang. YA ALLAH, berilah mereka hidayah agar mereka sedar tanggungjawab mereka pd setiap anak2 kerana mereka adalah amanah MU. AMIN YA RABB"


:: pic kdt to google ::


Wednesday, February 12, 2014

assalamualaikum semua..
harini aq nak kongsikan dua video yang aq ikuti exercise die..

VIDEO PERTAMA:



nie video dari youtube by linda edler. aq ikut exercise nie smpai habis. memula dulu aq ikut setakat 10minit jerk. semput beb first time buat zumba dance nie. lenguh2 kaki gue! capek banget! eh, da kenapa versi indon plak nie. kekeke..


VIDEO KEDUA:


nie video dari zuma rio.untuk reduce kan tummy. ko tengok semua yg ade kt video die sume flat tummy tue. jadi selamat ber'exercise' ye. nanti kite jumpa lagi. babai.

p/s: mcm teringin nak join diet atkins la. ok ke ok?? hehehe..

Monday, February 10, 2014

:: selamat ulangtahun sayang.. ::


assalamualaikum semua..

10 february?? alamak arini 10 february. valentine's day?? no..no..no.. valentine 14 february and aq xsambut. actually, harini hari ulangtahun perkahwinan aq dengan encik suami. sebenarnya ade cerita di sebalik tarikh nie. harini aq berhasrat nak cerita serba sedikit pd korank.


THROWBACK
aq memang selalu doa. andai ade jodoh aq, aq nak nikah hari jumaat. afdhal! malahan dekat-dekat nak kahwin aq turut merancang nak nikah hari jumaat. tapi aq nak buat majlis persandingan hari ahad iaitu 12.02.2012. gedikkan! nak pilih tarikh la kononnya. tapi mak aq kate leceh coz nikah jumaat, sanding ahad. jadiny perancangan bertukar, nikah hari sabtu pagi. tapi..tapi..tapi.. kita merancang ALLAH yg menentukan segalanya. pak imam kol hari khamis mlm pggil aq n pasangan dtg umah die malam tue jugak.

pak imam mintak maaf atas sebab yg agak penting, die terpakse menikahkan anak sedara die kat kampung hari sabtu tue die mintak aq anjak awal majlis nikah ke hari jumaat pg iaitu/bersamaan/pada ESOK PAGINYA. aq da gelabah. aq kol parents aq, parents in law, mak andam,catering, saksi dll tentang pertukaran mengejut jadual nikah tue. masing-masing tokozut habaq hang! aq sendiri tokozut inikan plak diorang. aq da menangis-nagisla. inai pn pkai mlm tue. serius,mase tue aq geram gler dgn pak imam tue!! tapi lepas mjlis baru aq pikir yang inilah hikmahnya. aq dapat jugak nikah HARI JUMAAT. kita hanya merancang ALLAH yang menentukan. 

__________________________________________________________________________________

BUAT SUAMI

kita telah melalui masa-masa sukar dan getir sebagai pasangan suami isteri.
yang saling melengkapi..
kita tersenyum bersama, menangis bersama.. ( ehhh,mcm lirik lagu pulak..kikiki)
kita hadapi segala masalah bersama..
hanye kita yang tahu betapa berat masalah itu..
masih jauh lagi perjalanan kita..masih jauh..
aq doakan kamu wahai mujahid ku..
tetap teguh.. tetap utuh..
walau dugaan duniawi sering mengodamu..
tetaplah disisiku.. tetaplah memimpinku..
dalam mencari redha ILLAHI..
cintaku padamu hanya kerana cintaku pada ALLAH,
sayangku padamu hanya kerana sayangku pada ALLAH,
kasihku padamu hanya kerana kasihku pada ALLAH,
setiaku padamu hanya kerana setiaku pada ALLAH..
terima kasih kerana menjadi suami yang hebat untukku dan papa yang luar biasa buat anak kita..
ingatlah syg, cinta kita hanyalah aplikasi kecintaan kita pd ALLAH..
tak ada cinta yang patut DIJUNJUNGI selain cintaNYA.
yakinlah bahawa aq hanya ingin mencintaimu krn ALLAH.

terima kasih sayang..
selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 2.. ^___^



pic kdt to google

Friday, February 7, 2014

:: review medicated deep heat lotion JAMU SUSUK DARA ::

pic from google (gmbr agk 18sx sikit tapi sila amik positif ye. terima kasih.)


assalamualaikum semua..
nampak tak gambar kat atas nie. berat aq ngn tinggi memang tak ngam n aq obes. ye,aq obes! memang ade 4 negative effects yg kat atas nie aq alami seperti :-

1) fewer employment opportunities
2) low self esteem
3) depression
4) joining problems

korang ingat ade ke orang yang suka diri die gemok? memag takde. dan aq adelah salah sorang darinya. memang aq malu nak jumpa orang. ko percaya tak banyak kawan-kawan aq jemput p majlis kenduri kawin dorang n aq memang tak pergi. keyakinan aq xde langsung! aq malu nak jumpa kawan-kawan lama aq yg memang kenal aq seorang yang kurus. so, mulai hari nie memang aq sangat2 bertekad utk kurus. aq kurus nak sihat. sihat adelah yang paling utama. 

eh,sebenarnya entri nie aq nak kenalkan satu produk dari JAMU SUSUK DARA yang mampu membantu aq utk mengurangkan perut aq yang  buncit. korang penah tgokkan gambar aq sebelum diet. kalau belum klik sini.

seperti semua tahu sebelum tue aq pakai lotion panas jenama lain. lepas aq try lotion panas dr JAMU SUSUK DARA nie memang aq tak pandang lain da. tagline aq "sapu besar 5sen tahan lebih 5jam" lotion nie bertindak balas dekat tempat berlemak. memang nampak perubahan pd perut aq nie. serius. ramai yang tegur. syukur, alhamdullilah. harga lotion nie setiub 110ml RM 48 sahaja. nampak harga macam mahal tapi kalau ko da cuba memang berbaloi!


pic kdt to google. nie la medicated deep heat lotion dari JAMU SUSUK DARA.

:: 4 bulan utk BUANG 14kg?? mampu ker?? ::

assalamualaikum semua..

seperti semua sedia maklum sekarang aq masih lagi dalam proses diet. yang mane aq ade tersasar gak dari landasan. almaklum, aq pn manusia jugak, yang mane tak lepas dari kelalaian. ececeh! buat masa nie aq masih lg nak buang terus lemak dari badan aq lebih kurang 14kg. banyakkan! tekad kena kuat, semangat kena mantap. 

jadi aq set target aq kena kurangkan 14kg nie dalam masa 4 bulan @ lebih tepat 120 hari. boleh ke boleh?? mestilah BOLEH! korang doakan aq ye. aq da xmau saket lutut lg. susah ouww nak solat. jadi meh aq ajarkan cara kiraan kalori kalau aq nak buangkan 14kg dlm masa 4 bulan nie. lets cekidaud!

3500 kalori = 0.5kg
7000 kalori = 1 kg
4 bulan = 120 hari +/-


FORMULA :

7000 x 14kg = 98000 kalori

98000 / 120 hari =  816.7/ hari

DCR AQ = 1670.64

1670.64-816.7 = 853.94 kalori sehari.

aq hanya boleh ambil 853.94 kalori sehari selama 120 hari. niat aq nak sihat, nak senang beribadat. muda lagi kot tp da saket lutut. doakan aq ye kawan-kawan. kalau korang pun nak kurus sama dengan aq jom pm aq. kita buat page kite2 jerk. supaya kau boleh pantau aq n aq boleh pantau kau. 

owh,ye sebelum aq terlupe aq ade tengok one page kakak nie yg mengamalkan diet atkins. aq tabik spring kat die coz die boleh tahan napsu dr makan nasi,mihun,kuetiaw,mee dan seumpamany selama 7 bulan. aq nie yg diet jugak nie tetap kena amik nasi sehari sekali. kadang naik divider gak makan nasi 2x sehari. hehehe. tue time aq masak lauk sedap la. eh??!! kedengaran mcm msk bakul angkat sendiri jerk! kekeke. okla, aq nak buat entri review satu lagi produk JAMU SUSUK DARA. owhhh,kini mak dara kembali dara uolls! ^___^


Wednesday, February 5, 2014

:: jamu susuk dara: feminine wash ::

assalamualaikum semua..
harini aq nak kongsikan tentang Jamu Susuk Dara..agak lambat sikit aq update dekat belog.
aq da pun jadi agen die hanye kerana aq tertarik dengan feminine wash dan juga medicated deep heat lotion.
aq mempunyai masalah keputihan yg berbau. aq xmalu nak mengaku yg aq mmg ade keputihan. benda betul so ngakula ye..

memula pakai feminine wash die mmg ade rase dingin-dingin pedih sikit. lepas tue keputihan aq keluar putih berlendir. after pakai beberapa hari keputihan aq da xde. syukur sgt. malu weyh bila encik suami tegur spentot xtahan lame. tajam sgt keputihan tue..kakaka. kalau sesiapa berminat boleh pm kt fb aq na. nnt aq review hat barang laen pulak.


pic kdt to google
ni la gropenya feminine wash tue. sebotol RM48 110ml sahaja.

Tuesday, January 28, 2014

:: perkembangan thaqif setahun sebulan ::

assalamualaikum semua..
maafla lame da tak update entri.. nie perkembangan thaqif setahun sebulan. lepas nie update perkembangan die mungkin akan berkurangan. mungkin dua tiga bulan baru update.

1) da pandai memapah
sekarang asyik nk memapah jerk. bila jalan die akan pegang dinding-dinding. bila takde yg die boleh capai die kenala merangkak.

2) gigi da ade 6 batang.

3) berat masih 7.5kg. makan banyak, minum susu banyak tp tetap mcm tue jerk. baka kecik!

4) da pandai salam semua orang.

5) da faham arahan suruh bg nenek/papa/atuk/mama barang.

6) da pandai bermain dgn orang. contoh: ade baby merangkak kejar die, die akan menjerit ketawa sambil merangkak lari dr baby tue.

7) bila dengar org nyanyi lagu tepuk amai2 die pun akan sama tepuk.

8) da pandai melawan. contoh ko xbg die naik tgga.. die akan tetap naek smbil bunyi "heeerrgghhh.."

9) bila die ngantuk ko tnye die "thaqif nk tido buai?" kalau die nak tido die akan tunjuk buai. kalau nak susu pun mcm tue jugak.

10) memanjat da no 1. terror! turun naik tangga da pandai.

11) bila dgr mercun n benda yg buat die terkejut die akan tepuk dada die sdri. konon tenangkan dirila tue! kekeke.

12) suke tengok iklan yg ade suara budak @ alam sekitar @ ikan. national geographic pun die layan. tp bila buka upin ipin,harap "maaf! sy xminat!" hahaha.

13) sekarang malam suke tido dengan nenek die. tido bilik mama terang agakny sbb lampu tido buka.

ok,tue jerk yg ingt, nnt da ingt kte taip lagi ye. k,bye.